Jumaat, 24 September 2010

ANTARA KASIH DAN CINTA

Cinta memang indah jika ianya disulami dengan kebahagian dan kasih sayang, tetapi begitu perit sekali jika cinta yang ditaburkan bertahun-tahun lamanya putus ditengah jalan. Amira menyerahkan segala-galanya untuk Hakimi demi membuktikan kasih dan cintanya. Namun, ikatan yang dijalinkan selama tujuh tahun akhirnya hancur. Mengapa mesti berpisah hanya sedikit rintangan yang datang dalam kehidupan ini?
“Hakimi, lelaki jenis apa you ni? Sanggup you hancurkan hubungan yang kita bina selama tujuh tahun macam ni je? You tak fikir ke perasaan I ni? Segala-galanya I dah bagi kat you, dan ni balasan you pada I. You dah tak sayang I ke?” Soal Amira dalam keadaan hatinya yang sangat terguris.
“Mira, I terpaksa lakukan semua ni. I tak mahu jadi anak dehaka. I terpaksa akur dengan keputusan mak I. Buat masa ni dia tak benarkan I untuk kawin lagi. I bertanggungjawab untuk menjaga dia sementara dia masih hidup. Kalau you dah tak sanggup nak bersabar Mira, kita putus okey. I tak nak paksa you untuk terima semua keadaan ni. Tu kehendak mak I. I terpaksa akur. I mintak maaf.” Ujar Hakimi panjang lebar.
Amira terpaksa akur dengan keputusan Hakimi untuk berpisah. Hatinya benar-benar perit dengan lelaki. Kasih yang ditaburnya dipersiakan begitu saja. Perancangan untuk berkahwin dan hidup bersama-sama dengan lelaki itu hingga ke akhir hayat tidak kesampaian.
Bagaikan ingin mengalir air matanya apabila ibunya Puan Khadijah bertanya akan hubungannya dengan Hakimi. Lebih memeritkan lagi apabila ibunya mempersoalkan tentang kahwin. Amira tidak tahu bagaimana harus dijelaskan kepada ibunya tentang semuanya itu.
“Mira, umur kamu dah semakin meningkat. Dah nak masuk 28 tahun pun. Bila kamu nak kawin ni? Tengok sepupu-sepupu kamu tu, semua dah kawin dan beranak-pinak. Mak dah tak sabar nak tengok kamu kawin Mira. Kalau boleh mak nak tengok kamu kawin cepat-cepat dan bagi mak cucu ramai-ramai ya. Kamu nak tunggu apa lagi? Lagipun, kamu dengan Kimi tu dah lama kenal Mira. Cepat-cepat la kawin. Tak elok orang tengok kamu dengan dia ke sana ke mari tanpa ikatan yang sah.” Puan Khadijah berkata.
Patutkah dia memberitahu segala masalahnya dengan Hakimi itu kepada ibunya? Amira tertekan. Masalah yang menggunung bagaikan menusut segala urat fikirannya. Amira tunduk. Perlahan-lahan diseka air mata yang ingin menitis. Dia tidak dapat menyembunyikannya lagi tentang kesedihan hatinya itu.
“Kenapa Mira? Apa masalah kamu ni? Cuba bagitau pada mak? Mana tahu mak boleh tolong kamu.” Soal Puan Khadijah lagi.
“Sebenarnya…. Sebenarnya Mira dah putus dengan Kimi. Mira mintak maaf mak, sebab dah hancurkan harapan mak. Mira terpaksa mak. Tu bukan kehendak Mira. Kimi yang nak macam ni. Dia nak jaga mak dia dulu, sementara mak dia masih hidup. Ibunya tak benarkan Kimi untuk kawin lagi. Mira sedih mak, dia buat Mira macam ni.” Kata-kata luahan Amira kedengaran sebak.
“Macam mana boleh jadi macam tu? Kenapa tak bagitau pada mak awal-awal? Soal Puan Khadijah lagi.
“Mira tak tahu mak. Mira…..” Amira tidak mampu untuk berkata-kata lagi. Air matanya semakin deras mengalir dari kelopak matanya.
“Sabar la Mira, mungkin bukan jodoh kamu dengan dia. Apa yang berlaku ada sebab dan akibatnya. Mak tak kisah siapa pun jodoh kamu, asalkan lelaki tu baik untuk kamu. Apa yang penting, mak nak kamu bahagia.” Ujar Puan Khadijah sambil mengesat air mata Amira yang mengalir. Di sebalik hatinya turut sebak mengenangkan nasib anak perempuannya itu.
Amira kesal di atas perbuatannya selama ini. Dosa yang pernah dilakukan bersama Hakimi dulu sering menghantui segenap kehidupannya. Apa yang memeritkannya lagi, dia pernah terlanjur bersama Hakimi dan Amira pernah mengandung serta menggugurkan kandungannya tanpa pengetahuan Hakimi dan keluarga.
Kini, Amira terasa dia telah kalah. Mira terasa dirinya kerdil sekali kerana Hakimi tidak mahu dirinya dijadikan isteri. Kenangannya bersama lelaki itu masih lagi segar di ingatan. Kenapa dengan mudah sekali lelaki itu melupakannya tanpa diburu rasa bersalah? Sedangkan hidupnya sengsara dihantui kisah silam.
Sebulan yang lalu Amira masih teringat yang mereka masih lagi menjalinkan hubungan kasih sayang dengan penuh kebahagiaan. Dia masih lagi ingat janji-janji manis yang diukirkan oleh Hakimi untuk terus bersama-sama dengannya sampai ke akhir hayat. Argggh, semuanya itu janji palsu. Janji yang diukir sekadar manis di bibir saja!! Desus hati kecil Amira.
“Mira, apa pun yang terjadi, I akan jaga hubungan kita. I nak you tahu, I terlalu menyanyangi you sepenuh hati ni. I janji akan kawin dengan you dan I akan bahagiakan you seumur hidup I. Itu janji I.” Kata-kata Hakimi masih lagi terngiang-ngiang di cuping telinga Amira, menambahkan kesakitan hatinya setiap kali mengingatkannya.
Puan Khadijah risau melihat keadaan Amira. Sejak akhir-akhir ini, Amira kelihatan muram dan suka termenung. Puan Khadijah tahu anaknya sedang memendam sesuatu. Naluri keibuannya dapat merasakannya. Puan Khadijah menghampiri Amira yang sedang termenung di ruang tamu di rumah mereka. Mira tersentak apabila bahunya disentuh mesra. Kabur terus ingatannya saat itu pada Hakimi. Kuyup pipinya dengan air mata. Kelihatan wajah ibunya sedang tersenyum lembut sambil memegang lengannya.
“Mira, kenapa ni sayang. Kamu masih teringatkan Hakimi ke? Dah la Mira, baik kamu buang jauh-jauh dia dari hidup kamu. Tak ada gunanya ingat pada orang yang dah buat kamu merana. Mak tak nak anak mak berterusan macam ni. Kamu kena ingat, jodoh pertemuan tu di tangan Tuhan. Mungkin Tuhan nak bagi lelaki yang lebih baik kepada kamu berbanding Hakimi. Sampai bila kamu nak macam ni Mira.”
“Mira masih sayangkan dia mak. Hakimi cinta pertama Mira dan bukan senang untuk Mira lupakan dia Mak.”
“Mira kena tabah hadapi semua ni sayang. Mak nak kamu lupakan dia. Mak nak kamu sambung belajar, dan fokus pada pelajaran. Mungkin dengan cara tu kamu boleh lupakan dia.” Puan Khadijah memberi cadangan kepada Amira.
“Mira dah tak minat mak nak belajar, cukuplah dengan ijazah yang dah Mira ada. Mira ingat nak tukar kerja jauh dari sini. Mungkin cara tu mampu buat Mira lupakan Kimi. Mak, apa kita kita pindah? Lagi pun ayah dah lama tak ada mak. Kita balik tinggal kat kampung dengan nenek. Lagipun nenek sorang-sorang juga kat kampung. Tempat dan bandar ni terlalu banyak kenangan Mira dengan Kimi mak. Mira takut Mira tak mampu nak lupakan dia. Kalau boleh, Mira tak nak terserempak dengan Kimi lagi.” Jelas Amira dengan dengan sayu.
Puan Khadijah mengangguk tanda bersetuju dengan keputusan anak tunggalnya itu dengan harapan keputusan yang dibuat oleh anaknya mampu merubah segala-galanya.
Setelah permohonan Amira untuk bertukar mengajar di sekolah lain telah diterima, mereka sekeluarga berpindah ke kampung, Amira meninggalkan seribu satu kenangan bersama Hakimi yang akan terpahat di hatinya untuk selama-lamanya.
Sudah setahun masa berlalu dan Amira kelihatan lebih selesa barada di kampung. Mira kini berkhidmat sebagai guru di sebuah Sekolah Menengah Alor Gajah, iaitu sebuah sekolah yang berhampiran dengan kampung neneknya. Keperitan yang dilalui sehari-hari untuk melupakan Hakimi sangat perit untuk dilaluinya. Entah apa khabar agaknya Hakimi sekarang!
Amira terjaga pada pukul 7.00 pagi. Dia bergesa-gesa bangun untuk mandi, kerana terlewat untuk pergi mengajar.
“Kenapa pagi ni tak ada orang kejutkan aku bangun. Selalunya pagi-pagi lagi mak dah bising kejutkan aku. Kalau bukan mak mesti nenek yang kejutkan.” Desus hati kecil Amira dalam keadaan kelam kabut.
“Ya Allah, aku lupa. Kan Mak dengan nenek pergi bandar jengok rumah lama tu. Macam mana boleh aku lupa.”
Amira tiba di sekolah pada jam 8.15 pagi dengan Proton Wira kelabu miliknya. Setibanya di bilik guru, kedengaran bunyi kecoh dan bising dengan gelak tawa guru-guru. Kelihatan cikgu Rina dan kawan-kawan gurunya yang lain sedang sibuk berbual-bual.
“Eh, kenapa kau lambat. Rugi la kau lambat.” Sapa cikgu Rina. Cikgu Rina merupakan guru yang paling rapat dengan Amira di sekolah itu.
“Aku bangun lambat la. Tak ada orang nak kejutkan. Apa yang rugi-rugi ni, aku tak faham la Rina. Boleh kau explain dengan lebih lanjut tak?”
“Dah tua-tua pun kena kejutkan lagi. Apa la kau ni. Kau nak tau tak, tadikan ada guru lelaki baru mendaftar. Rugila kau tak tengok. Hensem sangat.” Dengan pantas cikgu Rina menjawab. Bulu roma Amira tergamam mendengar jawapan cikgu Rina.
“Mesti la, anak manja mak kan. Tak kan kau tak tahu lagi. Ala, kau pun tahu kan aku jenis yang macam mana. Tak minat la aku nak dengar pasal lelaki ni. Dah la, aku ada kelas ni. Dah lambat. Aku pergi dulu ya.” Ujar Amira, lalu bergegas pergi menuju kelas tanpa mempedulikan lagi kata-kata cikgu Rina.
Amira menuruni anak tangga dari bilik guru dengan lajunya tanpa menoleh ke kanan dan ke kiri. Di satu sudut berhampiran dengan bangunan berhampiran bilik darjah, dia terlanggar seseorang lelaki tanpa disengajakan. Habis buku-buku di tangan berderai jatuh ke lantai.
“Maaf, maaf saya tak sengaja.” Amira tunduk mengutip buku-bukunya yang bersepahan di lantai dan segera bangun dari tundukan. Wajahnya kelihatan cemas.
Tiba-tiba matanya tanpa disengajakan bertentangan dengan mata lelaki yang terlanggar dengannya itu.
“Ya Allah, Hakimi. Betul ke apa yang aku lihat sekarang ni. Kenapa kau hadir dalam saat aku dah lupakan dirimu dalam hidup ni.” Hati kecil Amira sempat berkata-kata.
“Maaf, saya ada kelas.” Amira dengan tergesa-gesa hendak meneruskan perjalanannya ke kelas, tetapi tiba-tiba tangannya sempat di tarik oleh Hakimi. Amira tersentak ketika.
“Amira, I hadir untuk tunaikan janji I pada you dulu. I tahu, you belum kawin.” Tiba-tiba Hakimi bersuara.
“Kimi, ni sekolah. Tolonglah lepaskan tangan I. tak elok, nanti ada yang nampak.” Tegas Amira sambil menarik-narik tangannya dari tangan Hakimi.
“I masih sayangkan you. I akan dapatkan you balik.” Jelas Hakimi sambil melepaskan tangan Amira. Amira bergegas pergi meninggalkan Hakimi di situ.
Di dalam bilik darjah, Amira tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajarannya. Mungkin Hakimi adalah guru baru yang diceritakan oleh cikgu Rina tu! Fikir Amira.
Sudah sebulan Hakimi mengajar di sekolah yang sama dengan Amira. Amira akui, dia tidak mampu lagi lari dari Hakimi. Dendam Amira terhadap Hakimi dulu semakin hilang. Ternyata di hatinya masih terukir sedikit rasa sayang terhadap Hakimi.
Lamaran Hakimi untuk memperisterikannya siang tadi benar-benar membuatkan Amira menjadi serba salah. Walaupun hubungannya dengan Hakimi semakin pulih, tetapi parut luka di hatinya masih ada. Amira bingung.
“Terima je lah Mira, kan kamu pun masih sayangkan dia lagi. Mak tak kisah. Alasan dia tinggal kamu dulu tu lojik. Kalau kamu di tempat dia pun kamu akan buat keputusan macam tu juga.” Jelas ibunya setelah mengetahui niat Hakimi itu sampai ke pengetahuannya ibunya.
Amira tersipu-sipu malu. Kini, barulah dia tahu. Hakimi membuat keputusan sebegitu dulu kerana terpaksa. Ibunya sakit kerana mengidap penyakit barah usus. Sudah enam bulan ibunya kembali ke rahmatullah.
“Kalau lah dari dulu lagi you bagitau semua ni, pasti semua tu tak kan jadi. I pun tak kan derita separuh mati dulu.” Ujar Amira dengan tersenyum ketika Hakimi menceritakan hal sebenarnya.
Akhirnya Amira bersetuju untuk menerima Hakimi sebagai teman hidupnya. 23 Januari 2007 adalah tarikh keramat bagi mereka kerana sah bergelar suami isteri. Kini juga, barulah dia sedar bahawa jika sudah jodoh tidak akan ke mana. Walau terpisah jauh sekalipun, kalau sudah jodoh pasti akan bertemu jua.
Cinta Hakimi dan Amira bersatu kembali dengan harapan tidak akan mengulangi segala kesilapan yang pernah dilakukan dulu.
Terima kasih TUHAN-ku! Kekalkan kebahagian ini. Doa Amira sambil menerapkan senyuman manis. Penuh kebahagian yang tersirat!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan