Khamis, 26 Ogos 2010

Cinta Sejati

Adakah itu cinta

perasaanku selalu diragui apabila berbicara tentang cinta

adakah cinta ataupun sekadar mainan perasaan semata-mata

aku memang buta tentang cinta,

aku tidak tahu apa itu cinta, ada kalanya aku rasa aku jatuh cinta

tetapi ia sekadar rasa

bolehkah aku percaya kepada cinta, jika ianya membuatkanku derita

cinta...cinta...cinta…


Aku bosan dengan cinta, ia tidak memberiku apa-apa makna
aku sekadar dapat merasa tetapi sebaliknya ia berbeza
aku tak mungkin menjadi pencinta yang aku sendiri cipta
tanpa ada kerelaan dari-Nya, aku hanya seorang pemburu cinta
yang memburu cinta sempurna
aku tidak akan membuang masa memikirkan cinta, kerana
cinta itu ada bila kau ada, dan cinta itu ada bila kau setia
ku harapkan dikau memang ada untukku

cinta dan kau ada untukku
menemanimu hingga ke hujung nyawa

Aku tidak pasti bila kau akan tiba menemaniku
aku terlalu mengharapkan dirimu membawa sinar bahagia
dapat merawat hatiku yang lara

tetapi perlu kau ingat

cinta antara kita tiada kekal selamanya.

Cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan

mengerti apa yang tidak dijelaskan

cinta tidak datang dari bibir, lidah

atau fikiran melainkan hati

cinta sejati datang dari-Nya

cinta yang agung tidak ada tolak bandingnya

cinta manusia palsu dan durjana

hanya manis pada kata-kata

indah pada luaran

suram pada dalaman

Hakikat cinta sejati ada pada-Nya

cinta alpa manusia menjadikan manusia kabur

buta dalam menilai di antara kaca dan permata

kasih manusia berbelah bagi

kasih Tuhan tiada bandingan

sayang kepada manusia sementara

sayang kepada Tuhan kekal abadi

rindu pada Tuhan mengingatkan pada kematian

rindu pada kekasih membawa kehancuran.

Cinta dan kasih pada manusia tanpa keberkatan dari-Nya

tiada kebahagian yang berkekalan

gelora kehidupan pasti melanda

keresahan hati pasti melanda.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan