Rabu, 27 Oktober 2010

hidup..

Nak lalui hidup ni memang pedih..kadang2 kita terpaksa jaga ati orang lain sampai ati kita terseksa..Mana lebih penting dalam hidup aku ni? Ibu bapa atau kebahagianku?

Ahad, 24 Oktober 2010

Berakhirnya satu penyeksaan..

Hari ni finishing school part 2..Aku rasa lega sangat sebab dah berakhir...kelas tu 1 penyeksaan bagi ku..hehe..Tapi hari best la juga, sebab kelas tu tak seteruk semalam...

Sabtu, 23 Oktober 2010

MAYA

BBK3408, kesusasteraan dalam multimedia. Subjek ni, banyak yang saya perolehi dan pelajari. Sebelum ni, saya tak pernah terfikir boleh mereka blog, kalendar, laman web, dan juga video. saya tak tahu ape-ape pun semua tu. Bila mengambil subjek ni, saya bukan bermimpi lagi, saya rasa saya dah maju setapak dan saya mampu buat semua tu seperti mana yang orang lain boleh buat. Pengalaman yang saya pelajari melalui kelas ni, akan saya praktikkan pada masa akan datang dan pengalaman ni terlalu bermakna bagi saya. Terima kasih dr. Normaliza atas jasa baik dr. Tak lupa juga pada Puan Aishah dan Cik Muslihah, terima kasih juga kerana banyak memberi tunjuk ajar yang terlalu bermakna. Belajar dengan dr, bagi saya masa yang terlalu singkat. Sekejab sangat dr ajar kelas tu, dr dah tinggalkan kami. Kenangan tu terlalu indah bagi saya. Banyak maklumat juga yang saya perolehi melalui blog dr walaupun tanpa di sini..Sesungguhnya, masa tu terlalu singkat. Kalau diberi lagi kesempatan, saya nak lagi belajar subjek ni, nak belajar banyak lagi perkara yang saya tak tahu. Segala tunjuk ajar melalui kelas ni, akan selamanya kekal di ingatan saya. Semoga dapat bertemu dengan Dr. Normaliza lagi.

Finishing school

Hari ini, hari yang memenatkan..Finishing school buat aku kecut perut sepanjang menghadiri kelas tersebut..gara-gara sepanjang kelas kena speaking..fuh..tapi banyak yang aku belajar, walaupun sukar untuk aku lalui sepanjang kelas berlangsung...
Esok ada lagi.

Jumaat, 22 Oktober 2010

ICU

Aku dalam perjalanan pulang dari hospital Kuala Lumpur dari melihat seseorang di unit rawatan rapi..jalan agak sibuk....bosan betul..bila nak sampai..di hospital tadi, atiku bgitu terusik melihat pesakit2 di ICU, sungguh menyedihkan..betul2 menginsafkan aku...bayangkan kalau aku ditempat mereka...di hadapan pesakit yg kulihat, terdapat seorang pesakit perempuan seusia ku, pelajar master disebuah institusi awan..mengidap penyakit barah otak..apa yg membuakan aku terusik, apabila melihat layanan kedua org tuanya yg seakan memahami penderitaan anaknya..ati org tua mana yg tidak tersentuh bila melihat anaknya sendiri di atas katil ICU tanpa bergerak dipenuhi dengan wayar ditubuh..air mata ku turut mengalir melihatnya...Ya Allah, sembuhkanlah dirinya agar dapat meneruskan kehidupan ni seperti mana insan seusianya...







Sabtu, 9 Oktober 2010

Open House

Hari aku ada menghadiri rumah terbuka dekat umah mak sedara aku punya kawan...penat giler..orang pula memeng ramai..pening aku tengok orang tak henti2 datang..kerana terpaksa aku menghadiri majlis tersebut..kehadiran aku adalah untuk melihat suasana rumah terbuka tersebut dan memikirkan apa yg blh diaplikasikan dalam 1 assignment berkumpulan yg bertemakan 1 Malaysia 1 perayaan..buntu..aku tak nampak lagi apa yg dibuat akan assignment tersebut...rumah terbuka yg aku hadiri tu pun tak de yg menunjukkan 1 Malaysia...Hari Khamis ni dah nak kena present..buntu2!!!!

Khamis, 7 Oktober 2010

Laptop

Laptop,laptop!!!!!!!
Kenapa la time ni juga nak rosak... buat hidup aku bikin susah...nak dapat yg baru balik ingat senang ker..Abid punya pasal..Kerana dia laptop aku rosak..Abah dia patutnya yang kena ganti...Tapi...faham2 la..dia tu kedekut sikit..hehe
Hari ni, ada insan yg baik bagi aku pinjam laptop dia untuk beberapa hari..terima kasih la banyak2.Tuhan jer yg mampu balas jasa baik tu..dah lama aku tak buka dan tulis blog..dan dah lama la juga aku tak komen blog dr Normaliza..Tapi nak buat macam mana..dah terpaksa...


Jumaat, 24 September 2010

BUKAN BEGITU ADIKKU

Kepulangan Sofia sebulan yang lalu dari PLKN membawa seribu perubahan terhadap dirinya. Kelembutan dirinya yang pernah kukenali dulu, aku rasakan telah jauh hilang dari dirinya. Keputusannya untuk berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya itu benar-benar mengejutkan keluargaku.
“Aah..aku tak kisah, walau apa pun terjadi sekalipun, aku akan tetap mengawini Joe”. Pekik Sofia ketika disuruh oleh keluargaku untuk memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut.
Joe merupakan teman lelakinya sejak di bangku sekolah lagi. Kami sekeluarga menolak hasrat Sofia untuk berkahwin dengan Joe kerana lelaki terbabit tiada ciri-ciri lelaki yang baik dan keluarganya adalah terdiri dari keluarga yang bermasalah. Sikap keras kepala adikku Sofia membuatkan kedua orang tuaku bimbang mimikirkannya. Sudah banyak nasihat yang telah diberikan, namun semuanya seperti mencurahkan air ke daun keladi.
Selama dua minggu bermacam-macam yang diiktiarkan keluarga. Malah, ayah dan ibu pernah membawanya berubat cara kampung. Saudara-mara dan rakan-rakanya turut member motivasi kepada Sofia. Namun semuanya sia-sia belaka kerana Sofia tetap cintakan Joe. Lebih menyakitkan hati lagi apabila, dia sering memalingkan dan bermasam muka dengan ayah dan ibu.
“Adik, tolonglah jauhkan diri kamu dengan Joe tu, dia bukan yang terbaik untuk dirimu. Sofia kena buat keputusan yang tepat dalam membuat keputusan, tambah-tambah lagi benda ni kan melibatkan masa depan Sofia.” rayuku kepada Sofia.
“Eh perempuan, kau jangan masuk campur hal aku okey. Aku pun tak pernah campur hal kau. Itu hal hidup aku, aku punya pasal la. Kau nak sibuk-sibuk tu kenapa? jawab Sofia dengan muka yang sangat bengis.
“Hissyy, cakap biar beralas dik. Kau sedar tak? Sebab akak sayangkan kau la akak buat semua ni. Kalau akak tak sayangkan kau dah lama akak tak ambik tau. Keputusan kau tu salah dik. “
Sofia mengeluh sambil melabuhkan punggungnya ke sofa tanpa mempedulikan kata-kataku.
“Beginilah dik…” tanpa aku menghabiskan kata-kata itu, ibuku datang untuk mententeramkan keadaan.
“Dah la Sarah, buang masa je kau layan budak ni. Mak dah tak tau nak buat macam mana. Nasihat mak dengan ayah kau dia tak padulikan, ni kan nasihat kau Sarah. Mak malu dengan semua orang. Mak ni tau mengajar agama anak orang, tapi anak sendiri mak tak tau nak ajar.” lembut tutur kata ibuku Puan Zainab langsung tidak menyentuh sudut hati Sofia. Ibuku seakan sudah berputus asa untuk menasihatinya.
Tepat pukul 6.00 petang, ayahku Encik Emran pulang dari tempat kerjanya. Ketika itu, Sofia sedang menonton televisyen. Hatinya berdebar-debar apabila melihat kelibat ayah yang sedang menghampirinya. Wajah ayah kemerah-merahan seperti menahan kemarahan.
“Sofia, kau beritahu ayah betul-betul kenapa kau nak sangat kahwin dengan laki tu? Apa yang kau dah buat ni, sampai macam-macam orang kat luar sana tu bercerita tentang kau. Ayah pun dah bosan dengar semua tu.” tanya ayah dengan nada kemarahan.
Mata Sofia beralih pada mata ayah. Terlihat anak mata yang bundar dan berkaca-kaca menahan sebak.
“Saya cintakan dia ayah. Saya perlukan dia untuk teruskan hidup ni. Habis tu, Sofia nak buat macan mana lagi ayah, Sofia cakap dengan ikhlas ni, Sofia benar-benarkan cintakan dia. Sofia minta maaf.”
“Tapi Sofia juga kena faham, Joe tu bukan lelaki terbaik yang boleh bimbing Sofia ke jalan yang benar. Ayah tak kisah kalau Sofia nak kawin pun, tapi carilah lelaki yang mampu memberi yang terbaik pada kita. Lelaki tu apa yang ada, dah la tak ada kerja. Ilmu agamanya tak sekukuh mana. Sofia bukalah mata tu luas-luas. Ayah tak nak anak ayah merana.” Sofia bergegas lari menuju ke biliknya dengan tangisan. Sofia tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi.
Ayah terpaksa menyekat perasaan sayang Sofia terhadap lelaki itu. Dia terpaksa berbuat begitu agar diri Sofia tidak hanyut dalam rasa sayang yang sementara. Aku ke bilik untuk mendapatkannya. Aku terdengar jeritan Sofia yang bertalu-talu.
“Aku yakin! Joe sayangkan aku. Dan aku…aku jugak sayangkan dia. Aku takkan benarkan sesiapa pun hancurkan hubungan aku dengan dia. Aku cintakan dia!!!” Sofia menjerit sekuat hati.
Aku segera mendapatnya Sofia. Hati wanitaku sedikit tersentuh dengan situasi itu. Aku bersimpati pada Sofia. Adikku itu telah jatuh cinta di tempat yang salah.
“Dik, dengan cakap akak ni. Bukan begitu adikku caranya kita menyintai seseorang. Sofia kena ingat, hubungan tanpa restu orang tua tu tak kan diredhai Tuhan dik. Apa yang ayah cakapkan tadi tu betul. Sofia kena terima.”
“Tolong tinggalkan aku sendirian. Aku tak mahu diganggu!!!” keras Sofia menjerit. Aku terasa kakiku lemah berjalan untuk meninggalkannya sendirian. Sampai begitu sekalikah perasaan benci Sofia terhadapku.
Malam itu, setelah selesai Solat Maghrib, sekali lagi aku mendapatkan Sofia di kamarnya tanpa mengambil hati kata-katanya petang tadi. Ayah dan ibu menyuruh aku memanggilkan Sofia untuk makan malam. Namun aku terkejut, kelibat Sofia tidak ku temui. Hanya yang ku temui secebis kertas di atas meja. Aku memahatkan pandangan pada bait-bait tulisan yang tertera di kertas itu.
Untuk ibu, ayah, dan kakak tersayang,
Sofia terpaksa pergi tinggalkan kalian. Sofia akan buktikan yang Sofia boleh bahagia bersama Joe. Jangan cari Sofia lagi. Maafkan Sofia.
“Sarah, kamu buat apa? Kenapa lambat sangat? Dah lama ayah kamu tunggu hendak makan malam tu.” Di mana Sofia? Sapaan ibuku mengejutkan aku. Aku memberikan surat yang ditinggalkan Sofia itu kepada ibu tanpa berkata apa-apa.
Sudah tiga hari ibu terlantar sakit di hospital selepas kehilangan Sofia. Aku bingung, tidak tahu di mana lagi harus aku mencari Sofia. Perbuatannya benar-benar sudah melampau. Kasih ibu dan ayah pada Sofia terlalu suci untuk disia-siakan. Sofia patut sedar tentang itu. Tetapi perempuan seperti Sofia itu terlalu payah untuk difahami.
Tanpa melengahkan masa lagi, aku pergi mencari Sofia di kediaman keluarga Joe. Tetapi pencarianku juga sia-sia. Keluarga Joe menjelaskan sudah sebulan Joe tidak pulang ke rumah, dan mereka menyalahkan adikku di atas kehilangan Joe. Aku buntu memikirkan Sofia.
Setelah seminggu berlalu, aku ternampak wajah sugul Sofia terpacul di muka pintu wad Dahlia. Aku melihat Sofia menyeka air mata yang sedang menitis. Dalam pada masa yang sama, ibu dan ayah memandang Sofia dengan rasa berbaur. Di raut wajah Sofia ada kesalan dan ada kerinduan.
“Nak, ke mana kamu pergi. Sofia tak sayang ibu ke? Tiba-tiba ibu bersuara. Sofia berlari mendapatkan ibu di katil.
“Ibu, maafkan Sofia. Sofia bersalah dengan perbuatan Sofia. Sofia bodoh dalam membuat keputusan.” tangis Sofia sambil memeluk-meluk tubuh ibu.
Ibu menangis sekuat hati tanda bersyukur di atas perubahan Sofia.
“Alhamdulilah Sofia kalau kamu dah berubah. Itulah yang ayah harapkan selama ni. Akhirnya doa kami termakbul juga.” ujar ayah ketika menghampiri Sofia yang berada di sisi ibu.
“Sofia mintak maaf ayah, Sofia dah berdosa pada ayah dan ibu. Ampunkan Sofia. Sofia menangis tersedu-sedu. Sesungguhnya begitu perit apa yang dirasakan oleh Sofia.
Aku menghampirinya untuk mengetahui perkara yang sebenar.
“Ke mana kamu menghilang dik? Kamu tak kesian pada pada ibu dan ayah ke? Seminggu kamu menghilangkan diri tanpa khabar berita. Kamu sedar tak, kamu sudah menyakiti perasaan orang tua kita dik? tanyaku kepada Sofia. Tanpa ku sedari, setitik mutiara jernih menitis di pipiku menahan sebak.
“Sofia di tipu akak. Joe cuba memperkosa Sofia. Nasib baik Sofia sempat melarikan diri. Pada masa yang sama juga, baru Sofia tahu yang dia sebenarnya terlibat dengan dadah. Sofia minta maaf, sebab tak dengar kata-kata akak dulu. Sofia betul-betul menyesal. Apa yang berlaku telah menyedarkan Sofia.”
“Dahlah dik. Jangan dikenangkan lagi perkara yang dah berlalu. Mulai saat ni, kamu jadikanlah atas apa yang terjadi ni sebagai pengajaran dan pengalaman yang boleh mematangkan dirimu. Setiap manusia, pasti melakukan kesilapan. Kamu kena ambik iktibar di atas apa yang berlaku ni ye dik.” ujarku kepada Sofia.
“Ibu, ayah, akak, pada masa akan datang Sofia tak akan ulangi kesilapan ni. Sofia janji. Joe pun dah di tahan polis kerana turut disyaki menjual dadah. Sofia buta sebelum ni. Sofia tak tahu nak nilai mana kaca, dan yang mana permata. Sofia betul-betul menyesal.” jelas Sofia dengan penuh keinsafan.
Selepas keadaan semakin reda, aku dapat rasakan hubungan kekeluargaan di antara kami bertaut kembali. Kini, ibu kembali sihat dan di benarkan pulang dari hospital. Aku mula dapat melihat ibu kembali tersenyum. Ayah sudah boleh menjalankan pekerjaannya dengan tenang. Sofia pula mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Ya Allah! Sesungguhnya kami bersyukur di atas perubahan Sofia. Terima kasih tuhan kerana memberi sinar petunjuk yang cukup bermakna kepada adikku. Kejadian yang menimpanya memberi seribu pengajaran kepada aku dan dirinya agar lebih berhati-hati dalam membuat keputusan.


LUAHAN HATI UNTUK MAMA…

Hari ini,
ku menyasikan air matamu mama mengalir hiba
mengenangkan anak–anakmu
menghayati nasib dirimu yang kesepian
tangisanmu itu memberi aku kesedaran
betapa pedihnya dirimu menatap kesunyian
ketika ditinggalkan putera-puterimu
yang pergi menggapai cita-cita

Mama,
keperitan dirimu dalam mengharungi sungai kehidupan ini
dalam melayan dan mendidik kerenah anak-anakmu
kasih-sayang yang dirimu curahkan
terlalu agung, sedangkan
dirimu sendiri tidak pernah merasai bagaimana rasanya
kasih sayang seorang ibu
pemergian ibumu di waktu usia dirimu masih terlalu kecil
menjadikan dirimu insan yang tabah
di saat dirimu masih memerlukan belaian manja
di mana aku masih belum lagi mengenalinya
sesungguhnya aku masih beruntung sehingga kini
kerana masih memilikimu

Mama,
ternyata harapan dan impianmu
untuk melihat ke semua putera-puterimu
menjejaki kaki ke menara gading telah tercapai
Tetapi Mama,
hidup ini tak kan berakhir dengan kejayaan di sini
hidup ini masih terlalu panjang lagi untuk diharungi
apa yang sudah tercapai kini belum lagi menentukan hari esok
masih banyak lagi onak duri kehidupan yang perlu diharungi

Mama,
terima kasih atas segala-galanya
kerana membesarkan diriku
dengan penuh kasih sayang
dengan penuh pengorbanan
dirimu insan yang terlalu bermakna bagiku
dirimu sumber kekuatan untuk aku meneruskan hidup ini
sesungguhnya ibuku, aku tidak mampu meneruskan
hidup ini tanpa sokongan dan doronganmu
nasihat dan tegur pesanmu akan selalu ku ingati

Mama,
ingin ku nyatakan, aku terlalu menyayangimu
seandainya aku pergi dulu dari dirimu
maafkanlah aku selama ini
jika pernah aku mengguris perasaanmu
jika pernah aku terkasar bahasa
kini, kesalahanku itu tak mampu
kulenyapkan dengan air mata
halalkanlah segala-gala

Ya Rabbi,
aku mohon padamu
ampunkan daku kerana banyak berdosa pada ibuku
sesungguhnya Engkau maha pemurah lagi maha pengampun.


ANTARA KASIH DAN CINTA

Cinta memang indah jika ianya disulami dengan kebahagian dan kasih sayang, tetapi begitu perit sekali jika cinta yang ditaburkan bertahun-tahun lamanya putus ditengah jalan. Amira menyerahkan segala-galanya untuk Hakimi demi membuktikan kasih dan cintanya. Namun, ikatan yang dijalinkan selama tujuh tahun akhirnya hancur. Mengapa mesti berpisah hanya sedikit rintangan yang datang dalam kehidupan ini?
“Hakimi, lelaki jenis apa you ni? Sanggup you hancurkan hubungan yang kita bina selama tujuh tahun macam ni je? You tak fikir ke perasaan I ni? Segala-galanya I dah bagi kat you, dan ni balasan you pada I. You dah tak sayang I ke?” Soal Amira dalam keadaan hatinya yang sangat terguris.
“Mira, I terpaksa lakukan semua ni. I tak mahu jadi anak dehaka. I terpaksa akur dengan keputusan mak I. Buat masa ni dia tak benarkan I untuk kawin lagi. I bertanggungjawab untuk menjaga dia sementara dia masih hidup. Kalau you dah tak sanggup nak bersabar Mira, kita putus okey. I tak nak paksa you untuk terima semua keadaan ni. Tu kehendak mak I. I terpaksa akur. I mintak maaf.” Ujar Hakimi panjang lebar.
Amira terpaksa akur dengan keputusan Hakimi untuk berpisah. Hatinya benar-benar perit dengan lelaki. Kasih yang ditaburnya dipersiakan begitu saja. Perancangan untuk berkahwin dan hidup bersama-sama dengan lelaki itu hingga ke akhir hayat tidak kesampaian.
Bagaikan ingin mengalir air matanya apabila ibunya Puan Khadijah bertanya akan hubungannya dengan Hakimi. Lebih memeritkan lagi apabila ibunya mempersoalkan tentang kahwin. Amira tidak tahu bagaimana harus dijelaskan kepada ibunya tentang semuanya itu.
“Mira, umur kamu dah semakin meningkat. Dah nak masuk 28 tahun pun. Bila kamu nak kawin ni? Tengok sepupu-sepupu kamu tu, semua dah kawin dan beranak-pinak. Mak dah tak sabar nak tengok kamu kawin Mira. Kalau boleh mak nak tengok kamu kawin cepat-cepat dan bagi mak cucu ramai-ramai ya. Kamu nak tunggu apa lagi? Lagipun, kamu dengan Kimi tu dah lama kenal Mira. Cepat-cepat la kawin. Tak elok orang tengok kamu dengan dia ke sana ke mari tanpa ikatan yang sah.” Puan Khadijah berkata.
Patutkah dia memberitahu segala masalahnya dengan Hakimi itu kepada ibunya? Amira tertekan. Masalah yang menggunung bagaikan menusut segala urat fikirannya. Amira tunduk. Perlahan-lahan diseka air mata yang ingin menitis. Dia tidak dapat menyembunyikannya lagi tentang kesedihan hatinya itu.
“Kenapa Mira? Apa masalah kamu ni? Cuba bagitau pada mak? Mana tahu mak boleh tolong kamu.” Soal Puan Khadijah lagi.
“Sebenarnya…. Sebenarnya Mira dah putus dengan Kimi. Mira mintak maaf mak, sebab dah hancurkan harapan mak. Mira terpaksa mak. Tu bukan kehendak Mira. Kimi yang nak macam ni. Dia nak jaga mak dia dulu, sementara mak dia masih hidup. Ibunya tak benarkan Kimi untuk kawin lagi. Mira sedih mak, dia buat Mira macam ni.” Kata-kata luahan Amira kedengaran sebak.
“Macam mana boleh jadi macam tu? Kenapa tak bagitau pada mak awal-awal? Soal Puan Khadijah lagi.
“Mira tak tahu mak. Mira…..” Amira tidak mampu untuk berkata-kata lagi. Air matanya semakin deras mengalir dari kelopak matanya.
“Sabar la Mira, mungkin bukan jodoh kamu dengan dia. Apa yang berlaku ada sebab dan akibatnya. Mak tak kisah siapa pun jodoh kamu, asalkan lelaki tu baik untuk kamu. Apa yang penting, mak nak kamu bahagia.” Ujar Puan Khadijah sambil mengesat air mata Amira yang mengalir. Di sebalik hatinya turut sebak mengenangkan nasib anak perempuannya itu.
Amira kesal di atas perbuatannya selama ini. Dosa yang pernah dilakukan bersama Hakimi dulu sering menghantui segenap kehidupannya. Apa yang memeritkannya lagi, dia pernah terlanjur bersama Hakimi dan Amira pernah mengandung serta menggugurkan kandungannya tanpa pengetahuan Hakimi dan keluarga.
Kini, Amira terasa dia telah kalah. Mira terasa dirinya kerdil sekali kerana Hakimi tidak mahu dirinya dijadikan isteri. Kenangannya bersama lelaki itu masih lagi segar di ingatan. Kenapa dengan mudah sekali lelaki itu melupakannya tanpa diburu rasa bersalah? Sedangkan hidupnya sengsara dihantui kisah silam.
Sebulan yang lalu Amira masih teringat yang mereka masih lagi menjalinkan hubungan kasih sayang dengan penuh kebahagiaan. Dia masih lagi ingat janji-janji manis yang diukirkan oleh Hakimi untuk terus bersama-sama dengannya sampai ke akhir hayat. Argggh, semuanya itu janji palsu. Janji yang diukir sekadar manis di bibir saja!! Desus hati kecil Amira.
“Mira, apa pun yang terjadi, I akan jaga hubungan kita. I nak you tahu, I terlalu menyanyangi you sepenuh hati ni. I janji akan kawin dengan you dan I akan bahagiakan you seumur hidup I. Itu janji I.” Kata-kata Hakimi masih lagi terngiang-ngiang di cuping telinga Amira, menambahkan kesakitan hatinya setiap kali mengingatkannya.
Puan Khadijah risau melihat keadaan Amira. Sejak akhir-akhir ini, Amira kelihatan muram dan suka termenung. Puan Khadijah tahu anaknya sedang memendam sesuatu. Naluri keibuannya dapat merasakannya. Puan Khadijah menghampiri Amira yang sedang termenung di ruang tamu di rumah mereka. Mira tersentak apabila bahunya disentuh mesra. Kabur terus ingatannya saat itu pada Hakimi. Kuyup pipinya dengan air mata. Kelihatan wajah ibunya sedang tersenyum lembut sambil memegang lengannya.
“Mira, kenapa ni sayang. Kamu masih teringatkan Hakimi ke? Dah la Mira, baik kamu buang jauh-jauh dia dari hidup kamu. Tak ada gunanya ingat pada orang yang dah buat kamu merana. Mak tak nak anak mak berterusan macam ni. Kamu kena ingat, jodoh pertemuan tu di tangan Tuhan. Mungkin Tuhan nak bagi lelaki yang lebih baik kepada kamu berbanding Hakimi. Sampai bila kamu nak macam ni Mira.”
“Mira masih sayangkan dia mak. Hakimi cinta pertama Mira dan bukan senang untuk Mira lupakan dia Mak.”
“Mira kena tabah hadapi semua ni sayang. Mak nak kamu lupakan dia. Mak nak kamu sambung belajar, dan fokus pada pelajaran. Mungkin dengan cara tu kamu boleh lupakan dia.” Puan Khadijah memberi cadangan kepada Amira.
“Mira dah tak minat mak nak belajar, cukuplah dengan ijazah yang dah Mira ada. Mira ingat nak tukar kerja jauh dari sini. Mungkin cara tu mampu buat Mira lupakan Kimi. Mak, apa kita kita pindah? Lagi pun ayah dah lama tak ada mak. Kita balik tinggal kat kampung dengan nenek. Lagipun nenek sorang-sorang juga kat kampung. Tempat dan bandar ni terlalu banyak kenangan Mira dengan Kimi mak. Mira takut Mira tak mampu nak lupakan dia. Kalau boleh, Mira tak nak terserempak dengan Kimi lagi.” Jelas Amira dengan dengan sayu.
Puan Khadijah mengangguk tanda bersetuju dengan keputusan anak tunggalnya itu dengan harapan keputusan yang dibuat oleh anaknya mampu merubah segala-galanya.
Setelah permohonan Amira untuk bertukar mengajar di sekolah lain telah diterima, mereka sekeluarga berpindah ke kampung, Amira meninggalkan seribu satu kenangan bersama Hakimi yang akan terpahat di hatinya untuk selama-lamanya.
Sudah setahun masa berlalu dan Amira kelihatan lebih selesa barada di kampung. Mira kini berkhidmat sebagai guru di sebuah Sekolah Menengah Alor Gajah, iaitu sebuah sekolah yang berhampiran dengan kampung neneknya. Keperitan yang dilalui sehari-hari untuk melupakan Hakimi sangat perit untuk dilaluinya. Entah apa khabar agaknya Hakimi sekarang!
Amira terjaga pada pukul 7.00 pagi. Dia bergesa-gesa bangun untuk mandi, kerana terlewat untuk pergi mengajar.
“Kenapa pagi ni tak ada orang kejutkan aku bangun. Selalunya pagi-pagi lagi mak dah bising kejutkan aku. Kalau bukan mak mesti nenek yang kejutkan.” Desus hati kecil Amira dalam keadaan kelam kabut.
“Ya Allah, aku lupa. Kan Mak dengan nenek pergi bandar jengok rumah lama tu. Macam mana boleh aku lupa.”
Amira tiba di sekolah pada jam 8.15 pagi dengan Proton Wira kelabu miliknya. Setibanya di bilik guru, kedengaran bunyi kecoh dan bising dengan gelak tawa guru-guru. Kelihatan cikgu Rina dan kawan-kawan gurunya yang lain sedang sibuk berbual-bual.
“Eh, kenapa kau lambat. Rugi la kau lambat.” Sapa cikgu Rina. Cikgu Rina merupakan guru yang paling rapat dengan Amira di sekolah itu.
“Aku bangun lambat la. Tak ada orang nak kejutkan. Apa yang rugi-rugi ni, aku tak faham la Rina. Boleh kau explain dengan lebih lanjut tak?”
“Dah tua-tua pun kena kejutkan lagi. Apa la kau ni. Kau nak tau tak, tadikan ada guru lelaki baru mendaftar. Rugila kau tak tengok. Hensem sangat.” Dengan pantas cikgu Rina menjawab. Bulu roma Amira tergamam mendengar jawapan cikgu Rina.
“Mesti la, anak manja mak kan. Tak kan kau tak tahu lagi. Ala, kau pun tahu kan aku jenis yang macam mana. Tak minat la aku nak dengar pasal lelaki ni. Dah la, aku ada kelas ni. Dah lambat. Aku pergi dulu ya.” Ujar Amira, lalu bergegas pergi menuju kelas tanpa mempedulikan lagi kata-kata cikgu Rina.
Amira menuruni anak tangga dari bilik guru dengan lajunya tanpa menoleh ke kanan dan ke kiri. Di satu sudut berhampiran dengan bangunan berhampiran bilik darjah, dia terlanggar seseorang lelaki tanpa disengajakan. Habis buku-buku di tangan berderai jatuh ke lantai.
“Maaf, maaf saya tak sengaja.” Amira tunduk mengutip buku-bukunya yang bersepahan di lantai dan segera bangun dari tundukan. Wajahnya kelihatan cemas.
Tiba-tiba matanya tanpa disengajakan bertentangan dengan mata lelaki yang terlanggar dengannya itu.
“Ya Allah, Hakimi. Betul ke apa yang aku lihat sekarang ni. Kenapa kau hadir dalam saat aku dah lupakan dirimu dalam hidup ni.” Hati kecil Amira sempat berkata-kata.
“Maaf, saya ada kelas.” Amira dengan tergesa-gesa hendak meneruskan perjalanannya ke kelas, tetapi tiba-tiba tangannya sempat di tarik oleh Hakimi. Amira tersentak ketika.
“Amira, I hadir untuk tunaikan janji I pada you dulu. I tahu, you belum kawin.” Tiba-tiba Hakimi bersuara.
“Kimi, ni sekolah. Tolonglah lepaskan tangan I. tak elok, nanti ada yang nampak.” Tegas Amira sambil menarik-narik tangannya dari tangan Hakimi.
“I masih sayangkan you. I akan dapatkan you balik.” Jelas Hakimi sambil melepaskan tangan Amira. Amira bergegas pergi meninggalkan Hakimi di situ.
Di dalam bilik darjah, Amira tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajarannya. Mungkin Hakimi adalah guru baru yang diceritakan oleh cikgu Rina tu! Fikir Amira.
Sudah sebulan Hakimi mengajar di sekolah yang sama dengan Amira. Amira akui, dia tidak mampu lagi lari dari Hakimi. Dendam Amira terhadap Hakimi dulu semakin hilang. Ternyata di hatinya masih terukir sedikit rasa sayang terhadap Hakimi.
Lamaran Hakimi untuk memperisterikannya siang tadi benar-benar membuatkan Amira menjadi serba salah. Walaupun hubungannya dengan Hakimi semakin pulih, tetapi parut luka di hatinya masih ada. Amira bingung.
“Terima je lah Mira, kan kamu pun masih sayangkan dia lagi. Mak tak kisah. Alasan dia tinggal kamu dulu tu lojik. Kalau kamu di tempat dia pun kamu akan buat keputusan macam tu juga.” Jelas ibunya setelah mengetahui niat Hakimi itu sampai ke pengetahuannya ibunya.
Amira tersipu-sipu malu. Kini, barulah dia tahu. Hakimi membuat keputusan sebegitu dulu kerana terpaksa. Ibunya sakit kerana mengidap penyakit barah usus. Sudah enam bulan ibunya kembali ke rahmatullah.
“Kalau lah dari dulu lagi you bagitau semua ni, pasti semua tu tak kan jadi. I pun tak kan derita separuh mati dulu.” Ujar Amira dengan tersenyum ketika Hakimi menceritakan hal sebenarnya.
Akhirnya Amira bersetuju untuk menerima Hakimi sebagai teman hidupnya. 23 Januari 2007 adalah tarikh keramat bagi mereka kerana sah bergelar suami isteri. Kini juga, barulah dia sedar bahawa jika sudah jodoh tidak akan ke mana. Walau terpisah jauh sekalipun, kalau sudah jodoh pasti akan bertemu jua.
Cinta Hakimi dan Amira bersatu kembali dengan harapan tidak akan mengulangi segala kesilapan yang pernah dilakukan dulu.
Terima kasih TUHAN-ku! Kekalkan kebahagian ini. Doa Amira sambil menerapkan senyuman manis. Penuh kebahagian yang tersirat!






Isnin, 30 Ogos 2010

Jawapan teka-teki 31-36

31) Binatang apakah yang mempunyai satu tulang dan mempunyai janggut? (sotong)

32) Benda apakah yang jika ia naik, ia tidak akan turun sampai bila-bila? (Umur)

33) Kena tanam tetapi bukan tanaman. Apakah itu? (Jenazah)

34) Badannya kurus, tetapi tajam? (Jarum)

35) Binatang apakah yang tidak mempunyai kepala? (Ketam)


Jawapan teka-teki 26-30

26) Luar putih, tengah hitam. Apakah itu? (mata)

27) Bulu apa yang tidak akan panjang dan berpasang? (kening)

28) Binatang apakah yang mempunyai ekor di kepala? (gajah)

29) Binatang apakah yang mempunyai tanduk di mulut? (nyamuk)

30) Benda apakah yang bergetah, bila diisi, ianya akan menjadi semakin ringan? (belon)


Jawapan teka-teki 21-25

21) Mata apa yang sukar dicari? (Mata hati)

22) Tempat apa orang akan paling ramai berkumpul? (Padang mahsyar)

23) Bulu apa yang ada pada buah?(Bulu tangkis)

24) Ada di depan mata, tetapi tak mampu di lihat tanpa cermin? (Bulu mata)

25) Binatang apa kepalanya sekejab ada-sekejab tak ada? (kura-kura)



Jawapan teka-teki 16-20

16) Benda apakah, jika dilihat hanya kertas, tetapi bernilai? (wang kertas)

17) Warnanya hitam, berduri tetapi sedap dimakan? (Buah salak)

18) Pokok apakah yang mempunyai jantung? (pokok pisang)

19) Benda apakah yang mempunyai tumit?(selipar @ kasut bertumit tinggi)

20) Rasa apakah yang yang tidak boleh dirasa dengan lidah? (Rasa malu)


Jawapan teka-teki 11-15

11) Benda apakah yang kita beli hari ini, hari ini juga tarikh luput dia? (Surat khabar)

12) Air apakah yang paling berani sekali? (air terjun)

13) Sebelum digunakan berwarna hitam, semasa digunaka berwarna merah, selepas digunakan ianya berwarna kelabu. (arang)

14) Benda apakah yang tiada mulut, tiada tangan, tapi ada kaki? (Meja)


15) Dalam banyak-banyak kaki, kaki apakah orang takut? (kaki pukul)



Jawapan teka-teki 6-10

6) Dalam banyak-banyak haiwan, haiwan apakah yang kejab-kejab berwarna hitam dan sekejab-kejab berwarna putih? (peguin yang bergolek)

7) Banyak-banyak buah, buah apakah yang kita nak makan kita kena langkah? (buah dam)

8) Buah apakah yang banyak bertanya? (buah fikiran)

9) Di manakah kalau kita menjerit orang lain tak akan dengar? (kat dalam hati)

10) Benda apa yang boleh pegang tapi kita tak boleh gigit? (telinga)



Jawapan teka-teki 1-5

1) Antara banyak- banyak pokok atas dunia ni, pokok apa kalau kita nampak kita akan lari.(pokok yang nak tumbang)

2) Dalam lautan ada bintang (tapak sulaiman)

3) Dalam banyak-banyak kotak,kotak apa yang tak dapat di angkat.(kotak penalti)

4) Banyak-banyak binatang,binatang apakah yg kepala,kaki, badan dan organ yg lain terletaknya di kaki. (burung kena pijak)

5) Dalam banyak-banyak tempat, di mana semua orang akan memakai uniform yang serupa?(kubur)



Khamis, 26 Ogos 2010

Cinta Sejati

Adakah itu cinta

perasaanku selalu diragui apabila berbicara tentang cinta

adakah cinta ataupun sekadar mainan perasaan semata-mata

aku memang buta tentang cinta,

aku tidak tahu apa itu cinta, ada kalanya aku rasa aku jatuh cinta

tetapi ia sekadar rasa

bolehkah aku percaya kepada cinta, jika ianya membuatkanku derita

cinta...cinta...cinta…


Aku bosan dengan cinta, ia tidak memberiku apa-apa makna
aku sekadar dapat merasa tetapi sebaliknya ia berbeza
aku tak mungkin menjadi pencinta yang aku sendiri cipta
tanpa ada kerelaan dari-Nya, aku hanya seorang pemburu cinta
yang memburu cinta sempurna
aku tidak akan membuang masa memikirkan cinta, kerana
cinta itu ada bila kau ada, dan cinta itu ada bila kau setia
ku harapkan dikau memang ada untukku

cinta dan kau ada untukku
menemanimu hingga ke hujung nyawa

Aku tidak pasti bila kau akan tiba menemaniku
aku terlalu mengharapkan dirimu membawa sinar bahagia
dapat merawat hatiku yang lara

tetapi perlu kau ingat

cinta antara kita tiada kekal selamanya.

Cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan

mengerti apa yang tidak dijelaskan

cinta tidak datang dari bibir, lidah

atau fikiran melainkan hati

cinta sejati datang dari-Nya

cinta yang agung tidak ada tolak bandingnya

cinta manusia palsu dan durjana

hanya manis pada kata-kata

indah pada luaran

suram pada dalaman

Hakikat cinta sejati ada pada-Nya

cinta alpa manusia menjadikan manusia kabur

buta dalam menilai di antara kaca dan permata

kasih manusia berbelah bagi

kasih Tuhan tiada bandingan

sayang kepada manusia sementara

sayang kepada Tuhan kekal abadi

rindu pada Tuhan mengingatkan pada kematian

rindu pada kekasih membawa kehancuran.

Cinta dan kasih pada manusia tanpa keberkatan dari-Nya

tiada kebahagian yang berkekalan

gelora kehidupan pasti melanda

keresahan hati pasti melanda.




Jumaat, 6 Ogos 2010

Kelas Dr. Normaliza

BBK3408(Kesusasteraan dalam multimedia). Banyak yang aku belajar dari kursus ni. Dr. Normaliza memang seorang pensyarah yang sangat berbeza dari pensyarah yang aku kenal sebelum ni...Garang, tapi sebenarnya baik. Aku suka caranya dalam mendidik. Tegas dan bertanggungjawab. Keadaan itu boleh mendisiplinkan aku dan rakan-rakan. Kerjanya yang bertimbun banyaknya menjadikan aku lebih fokus dalam menjalankan tugas yang diberi. Tugasan yang diberi dah la banyak, kena pula hantar cepat. Itu sebenarnya bagus untuk aku. Aku akan puas setelah melihat hasil yang dibuat. Cara tu juga mengajar aku dalam pengurusan masa. Alhamdulilah...Kini, aku rasa lebih berdisiplin. Aku lebih yakin dan berani untuk melaksanakan sesuatu. Terima kasih Dr.Normaliza atas segala ilmu yang dr berikan. Akan saya hargai sampai bila-bila....Tak lupa pada yah, bam, mida, wani, dan isma kerana kalian, kumpulan kita mampu melakukan tugasan yang dr berikan dengan sempurna dan pada selesai pada waktu yang ditetapkan..

Rindu

Rindu sangat pada kampung. Rindu pada ma dan ayah. Bagaimana agaknya mereka..Aku harap mereka akan selalu sihat dan mampu melihat kehidupan ku pada masa akan datang..Aku doakan kalian akan dikurniakan umur yang panjang, di murahkan rezeki, dan akan selamanya bahagia..Aku akan bahagiakan diri kalian seperti mana yang kalian inginkan..Aku bahagia menjadi milik kalian...

masalah

hidup takkan sempurna tanpa masalah...

Bagus

Rindu sangat pada kampung. Rindu pada ma dan ayah. Bagaimana agaknya mereka..Aku harap mereka akan selalu sihat dan mampu melihat kehidupan ku pada masa akan datang..Aku doakan kalian akan dikurniakan umur yang panjang, di murahkan rezeki, dan akan selamanya bahagia..Aku akan bahagiakan diri kalian seperti mana yang kalian inginkan..Aku bahagia menjadi milik kalian.
sign baru





























jjjj

Ahad, 1 Ogos 2010

Masalah! Masalah

Hidup ni kita tak kan dapat lari dari masalah...begitu juga dengan aku...kalau lah mampu aku undur masa silamku semula, tak kan ku ulangi setiap kesilapan tu.. siapa sebenarnya aku? apa yang aku mahu dalam hidup ni? aku terlalu mengejar sesuatu yang tak pasti, sedangkan yang abadi tu lah segala-galanya.....
Kalau diberi peluang, aku mahu lari jauh dari hidup semua orang..biar aku tak kan mampu menyakiti mana-mana perasaan lagi...kenapa mesti aku korbankan hidup aku semata-mata kerana menjaga perasaan dia, sedangkan ada lagi perasaan lain yang akan lebih terluka..aku tersempit..aku tiada insan yang mampu memahami dan menemaniku di setiap kali aku terlalu memerlukannya di sisi..
.Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi situasi ni..aku tahu, cara aku silap..tapi aku tak mampu nak menghindarinya..permudahkanlah setiap jalan urusanku dan aku sedar aku hanya mampu merancang, tapi diri-Mu yang menentukannya...Berikan aku kekuatan dalam menghadapinya.

Maksiat

Dunia kini dah semakin berada di penghujungnya. Manusia sudah tidak memiliki sifat malu lagi di dalam diri. Baru-baru ini, aku bersama kawanku pulang dari sebuah pasaraya di kawasan Serdang ni. Dalam perjalanan pulang, kami melalui jalan yang agak sunyi dan hanya terdapat segelintir sahaja orang yang melalui jalan tersebut pada waktu itu. Berhampiran sebuah kedai di jalan tersebut, kami terlihat sebuah perodua viva berwarna putih berada ditepi jalan dalam keadaan yang mencurigakan. Pelik. Kami cuba menghampiri kereta itu dengan memberhentikan kereta yang kami naiki dalam keadaan jarak yang boleh dikatakan hampir dekat. Ya Allah, betapa terkejutnya kami apabila melihat sepasang kekasih sedang melakukan maksiat.(Sedang bercumbuan dan meraba-raba tanpa segan silu.). Aku betul-betul terkejut. Yang kami peliknya, tak perasan ke diaorang akan kehadiran kami berhampiran kereta mereka itu. Ke memang sengaja nak tunjuk kat orang? Kami meninggalkan kawasan itu tanpa mempedulikan mereka kerana kami yang tengok tu jatuh malu pada diri sendiri...

Tanaman

Cuti semester lepas adalah cuti yang paling bermakna. Banyak sangat manfaat yang aku dapat masa cuti tu. Aku habiskan cuti semester lepas hanya di kampung bersama keluarga. Oleh sebab bosan sangat masa cuti tu, aku mengajak ibuku untuk bercucuk tanam di kebun milik ayahku yang berhampiran dengan rumahku. Sejak itu, aku mula minat dengan bercucuk tanam secara kecil-kecilan hanya sekadar mengisi masa lapang pada waktu petang. Kalau petang-petang tak pergi kebun memang tak sah. Banyak tanaman yang kami tanam masa tu seperti kacang tanah, kacang panjang, jagung, ubi keledek, ubi kayu, labu, dan bermacam-macam lagi. Aku rasa berpuas hati sangat kerana melalukan kerja yang bermanfaat dan setelah melihat hasil tanaman ku mula membesar dengan subur. Namun sayangnya, aku ke sini di saat semua tanaman tu belum mengeluarkan hasil.Beberapa hari yang lepas, ibuku ada telefon cakap, yang semua tanaman yang kami tanam tu dah mengeluarkan hasil. (Tapi tak jual pun..hehe)..Hari-hari ibuku menelefon menanyakan bila nak balik. Tapi kerja kat sini banyak sangat. Tak sempat lagi nak balik. Aku sebenarnya tak sabar nak balik kampung ni, nak tengok dan makan hasil tanaman tu. Hehe..

Pemergiannya........

Pemergiaannya ke rahmatullah 2 tahun yang lepas benar-benar memberi kesan pada keluargaku terutama sekali ibuku. Kehilangannya benar-benar terasa. Hidup kami seakan kosong kini tanpa kehadirannya. Tambah-tambah raya dah nak dekat. Raya dulu dengan sekarang dah jauh beza setelah ketiadaanya. Betapa meriahnya raya dulu..aku sudah kehilangan satu-satunya ibu saudara yang paling rapat denganku. Ibuku pula, seumpama kehilangan separuh kehidupannya setelah kematiaannya. Mana tidaknya, akaknya itulah yang membesarkannya dari dia bayi lagi. Ibuku tak pernah merasai nikmat kasih sayang daripada seorang yang bernama ibu. Ibunya meninggal dunia di waktu usianya masih bayi. Ibu saudaraku itu adalah satu-satunya adik beradik perempuan yang dia miliki. Kini, dia pergi untuk selama-lamanya dan tak mungkin akan kembali.i hidup, kena teruskan hidup ni walau sepahit mana sekali pun. Rintangan hidup ibuku terlalu berliku. Ujian hidup tak pernah berhenti melanda. Kita yang masih lagi hidup, terpaksa kena teruskan hidup ni walau sepahit mana sekali pun. Semoga arwah ibu saudaraku berada di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Kesabaran

Mendirikan rumah tangga adalah impian setiap pasangan yang bercinta. Setelah merealisasikan hasrat ini, maka kebahagiaan rumah tangga hingga ke akhir hayat pula yang menjadi matlamatnya.
Kisah ini aku paparkan hanya sekadar ingin berkongsi kisah seorang isteri yang hidup menderita sepanjang perkahwinannya disebabkan sikap suami yang tidak bertimbang rasa. Perkahwinan Siti dan Ezam sudah menjangkau 40 tahun. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata. Sikap Ezam dari awal perkahwinan lagi telah menunjukkan seorang yang kedekut dan sangat berkira. Malah dia tidak memberikan nafkah pada pada isterinya. Lahirnya anak-anak adalah menjadi benteng untuk Iza bersabar dengan keadaan itu. Dia bertahan hanya kerana anak-anak. Jika perpisahan yang terjadi antara dia dan Ezam, ini bererti anak-anak yang menjadi masa keadaan.Iza berkerja keras untuk menyara anak-anak yang kian membesar. Bertahun lamanya dan kini.kesabarannya itu terbalas dengan kejayaan anak-anaknya. Namun, Ezan tetap tidak berubah. Sikapnya itu sama seperti dulu. Sampai bila-bila pun dia tetap macam tu. Isterinya memang seorang yang tabah. Bersabarlah kerana setiap yang terjadi ada sebab dan akibatnya. Setiap pengorbanan akan ada hasilnya nanti.

My siblings

Aku mempunyai 4 0rang adik beradik. Antara kami, akulah yang berlainan jantina, berkulit hitam dan berperangai pelik. Nak buat macam mana, dah nasib aku. Apa yang penting, aku tetap anak mak dan ayah. Atas didikkan kuat orang tua kami, akhirnya kami 4 beradik berjaya menjejaki kaki ke menara gading. Dan itulah impian kami dan aku juga tahu itu sudah cukup membanggakan hati orang tua. Walaupun kami tahu, menjejaki kaki ke universiti bukan dah bererti kami berjaya dalam hidup. Banyak lagi halangan yang perlu ditempuhi. Kami bukan dilahirkan dari kalangan orang yang senang, tapi itu bukan penghalang untuk kami berjaya nanti. Insyaallah.
Pada masa kini dan akan datang, aku, abang-abangku dan adikku akan berusaha untuk menjadi manusia yang berguna dan mampu menyenangkan hidup orang tua. Selagi ada kesempatan, akan kami berbakti selagi yang terdaya.

Adib Zakwan

Mungkin dah besar Adib sekarang. Dah berumur 2 bulan lebih dah pun. Sudah lama aku tidak menjenguknya. Rindu sangat kat dia. Habis nak buat macam mana. Aku harap dia sihat-sihat selalu. Kasihan dia, dari bayi lagi tidak pernah kenal siapa ayahnya. Memang dia ayah yang tak bertanggunjawab langsung.
Memang nasibmu kawan. Perkahwinan yang dibina hancur di tengah jalan. Apa kan daya, takdir dah tertulis untuk kita semua. Dirimu masih lagi beruntung kerana Tuhan anugerahkan Adib. Tuhan telah gantikan kepada dirimu sebutir permata yang lebih berharga dari apa yang dirimu telah hilang. Usahlah dikenang atas apa yang berlaku, kerana masa tidak akan boleh diundur kembali. Jadikan iktibar di atas tindakan mu dulu. Aku hanya sebagai kawan yang hanya mampu memberi sokongan dari belakang. Aku bukan juga insan sempurna sama seperti dirimu. Banyak-banyakkan lah bersabar atas setiap dugaan yang dialami itu.
Apa yang dah berlalu, biarlah ianya berlalu. Usah dikenang padanya lagi. Mulakanlah hidup baru bersama Adib, dan besarkanlah dia menjadi seorang insan yang soleh yang mampu membahagiakan hati ibunya.

Sabtu, 31 Julai 2010

Kenangan dan harapan

Sedar tak sedar, dah masuk tiga tahun aku berada di UPM ni. Rasanya seperti baru semalam aku menjejaki kaki di sini. Ini bererti, aku hanya tinggal beberapa bulan lagi untuk menamatkan pengajianku. Memang ada rasa gembira. Tapi dalam pada masa yang sama, aku sebenarnya takut untuk meneruskan kehidupan selepas ini. Ke mana arah tujuku nanti? Alam di universiti terlalu indah bagiku. Kenangan di sini akan selalu segar di ingatan.
Jika diberi kesempatan, akan ku teruskan lagi perjuangan untuk menyambung pengajian di tempat yang lebih tinggi. Cita-citaku menggunung tinggi. Harapan orang tua adalah semangat untukku teruskan hidup ini. Walau berliku dugaan dan rintangan yang akan aku tempuhi pada masa akan datang, akan ku tempuhi dengan semangat yang gental. Doakan aku agar aku berjaya dalam hidup ini.....


Temanku

Seorang kawan rapatku pernah mengadu bahawa dia sangat sedih dan kecewa kerana tidak pernah memiliki teman wanita. Hidup baginya kosong tanpa semua tu. Aku hanya mampu mengucapkan kata sabar. Bahagia pasti miliknya satu masa nanti. Dirimu sangat beruntung kerana tidak pernah merasa bagaimana rasanya perasaan bila disakiti oleh pasangan kekasih. Bercinta sebelum kahwin tak memberikan apa-apa pun. Usahlah dirimu bimbang kerana hidup di dunia ini Tuhan dah ciptakan setiap pasangannya.
Aku yakin, satu masa nanti kau akan memiliki seorang wanita sebaik dirimu. Tuhan tu maha adil. Yakinlah dengan ciptaan-Nya. Kelebihan yang kau miliki terlalu istimewa. Mungkin wanita sekarang terlalu memilih paras rupa dengan mengetepikan yang dalaman. (Tapi aku tak macam tu ek) Jangan dirimu tersalah pilih dalam menentukan pasangan hidup ni kerana ianya mampu merosakkan masa depan kita.

Kisahku

Macam-macam manusia atas dunia ni. Nampak macam baik, tapi perangai, Tuhan saja yang tahu. Kepada teman-teman rapatku yang mengetahui tentang kisahku ini, buat-buat tak tahu je yang kalian pernah tahu. Ambil iktibar saja atas kisahku. Aku bersyukur pada-Mu Tuhan kerana memberikan aku hidayat dan menyedarkan untuk aku membuka mata atas sikap manusia di muka bumi ini.
Aku hormati lelaki tu, hanya kerana dia banyak tolong aku. Tapi aku bukan termakan budi tetapi aku terima semua tu kerana hormat pada orang yang lebih tua padaku. Aku bukan seorang yang suka mengikis duit lelaki. Kalau jenis macam tu, dah lama aku terima setiap tawaran tu. Aku anggap dia macam ayah aku, tapi kenapa sikap dia tak macam orang berusia yang pernah aku kenal. Aku sebenarnya keliru, adakah sikapnya hanya kerana mahu menguji aku? Tetapi paksaannya tempoh hari dah buat seperti maruah aku ni terlalu murah baginya. Kalau aku buat, maknanya aku dah masuk dalam perangkap tu. Kepadanya, maafkan ku kerana aku rasa dah buat dirimu terasa hati dengan sikap ku tempoh hari. Mungkin salah aku. Jangan samakan aku dengan mangsa-mangsa yang pernah kamu perolehi. Banyak aku tahu tentang kisahmu.
Sedarlah sebelum dirimu terlambat. Jarak usia kita memang jauh berbeza. Pemikiran kita tak sama. Dari segi ilmu pelajaran aku jauh lebih bodoh. Tapi aku masih ada maruah yang harus aku jaga. Lepas ni, aku akan cuba lakukan yang antara kita memang tak pernah terjadi apa-apa. Anggaplah kata-kata mu itu sekadar gurauan semata-mata. Jangan ada mangsa seterusnya selepas aku. Jagalah reputasi mu sebagai seorang yang berpendidikan.
Pengajarannya, jangan pandang seseorang tu hanya pada luaran sahaja, kerana itu tak menjaminkan apa-apa. Jangan tengok yang dah berumur, ingat tak gatal ke? Lelaki berumur miang lebih pada lelaki muda.


Aku marah

Dia memang selalu mengalah pada aku. (Aku tak suruh pun). Aku ni jenis ngada-ngada sikit, keras kepala, dan keras hati. Tapi semalam, dia marah-marah aku. Katanya benci dengan sikap aku yang sukar mengalah dengannya tu. Sekarang, kami kerat gaduh. Aku tahu, aku yang berubah. Kalau dah benci dah la hubungi aku.. Ni tak sampai sejam marah-marah aku, call aku balik, minta maaf. Apa ni, ingat aku tak ada perasaan ke..Aku pun dah meluat dengan kau..sebab kesian kat kau je aku buat-buat baik dengan kau sebelum ni...Aku banyak makan budi dengan kau.Tak terbayar semua tu..Aku buat perangai pun sebab kau yang tak pernah nak dengar nasihat aku...samalah aku pun, buat apa nak dengar kau punya teguran sebab kau tak pernah endah nasihat aku...kita just kawan jer la....Tak payah nak lebih-lebih..Lagipun aku tahu, siapa sebenarnya kamu...So, kalau nak aku maafkan kau, berubahlah sebelum aku yang berubah hati!!!!

Kasih-sayang seorang ibu...

Semangat yang ku ada
hanya kerana dirinya ada
Setiap saat kegembiraanku
dialah penyerinya
di suatu masa nanti
tanpanya, bagaimana dengan aku?


Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku merindui
Kerana kasihnya aku menyayangi
Segala-gala yang dia miliki
tiada tandingannya
terlalu sempurna melebihi segala-galanya.

Ketabahannya memberi erti padaku
menyayangiku lebih dari dirinya
setiap pesannya akan ku ingati
setiap ajarannya akan ku ikuti
walau apapun dia tetap di hati
Kerana dirinya satu-satu ibu
yang aku miliki di dunia ini.


Kaulah Tuhan yang satu

Kau lah segala-gala,
Terlalu agung untuk dibandingkan,
Aku hanyalah insan kerdil
yang dilahirkan dari ciptaan-Mu
yang dilahirkan tanpa tahu apa-apa
Aku hanya insan yang terumbang ambing di lautan biru
Hidup hanya menggapai sesuatu
yang entah di mana penghujungnya.

Aku umat manusia yang alpa
tenggelam dalam nikmat dunia
terpedaya dengan tipu daya dunia
Sesungguhnya aku lupa pada-Nya
yang lebih berkuasa atas segalanya-galanya

Aku hanya milik-Mu
Dunia ini hak-Mu
Aku hanya makhluk yang tidak tahu menghargai
terlalu alpa dengan kebodohan dunia

Ya Allah Ya Tuhan,
Bukalah pintu taubat untuk hamba-Mu ini
Berikan kesempatan untukku memohon taubat
selagi upaya akan ku cuba turuti setiap ajaran-Mu
apa terdaya akan ku ikuti sunnah-Mu
Sesungguhnya apa yang aku dambakan
hanya cintaku pada-Mu
Kerana aku tahu
hanya kepada-Mu tempatku akan kembali.




Jumaat, 30 Julai 2010

Teka-teki 31 hingga 35

31) Binatang apakah yang mempunyai satu tulang dan mempunyai janggut?

32) Benda apakah yang jika ia naik, ia tidak akan turun sampai bila-bila?

33) Kena tanam tetapi bukan tanaman. Apakah itu?

34) Badannya kurus, tetapi tajam?

35) Binatang apakah yang tidak mempunyai kepala?

Teka-teki 26 hingga 30

26) Luar putih, tengah hitam. Apakah itu?

27) Bulu apa yang tidak akan panjang dan berpasang?

28) Binatang apakah yang mempunyai ekor di kepala?

29) Binatang apakah yang mempunyai tanduk di mulut?

30) Benda apakah yang bergetah, bila diisi, ianya akan menjadi semakin ringan?

Teka-teki 21 hingga 25

21) Mata apa yang sukar dicari?

22) Tempat apa orang akan paling ramai berkumpul?

23) Bulu apa yang ada pada buah?

24) Ada di depan mata, tetapi tak mampu di lihat tanpa cermin?

25) Binatang apa kepalanya sekejab ada-sekejab tak ada?

Teka-teki 16 hingga 20

16) Benda apakah, jika dilihat hanya kertas, tetapi bernilai?

17) Warnanya hitam, berduri tetapi sedap dimakan?

18) Pokok apakah yang mempunyai jantung?

19) Benda apakah yang mempunyai tumit?

20) Rasa apakah yang yang tidak boleh dirasa dengan lidah?

Teka-teki 11 hingga 15

11) Benda apakah yang kita beli hari ini, hari ini juga tarikh luput dia?

12)
Air apakah yang paling berani sekali?

13) Sebelum digunakan berwarna hitam, semasa digunaka berwarna merah, selepas digunakan ianya berwarna kelabu.

14) Benda apakah yang tiada mulut, tiada tangan, tapi ada kaki?


15)
Dalam banyak-banyak kaki, kaki apakah orang takut?

Teka-teki 6 hingga 10

6) Dalam banyak-banyak haiwan, haiwan apakah yang kejab-kejab berwarna hitam dan sekejab-kejab berwarna putih?

7) Banyak-banyak buah, buah apakah yang kita nak makan kita kena langkah?

8) Buah apakah yang banyak bertanya?

9) Di manakah kalau kita menjerit orang lain tak akan dengar?

10)
Benda apa yang boleh pegang tapi kita tak boleh gigit?

Teka-teki 1 hingga 5

1) Antara banyak- banyak pokok atas dunia ni, pokok apa kalau kita nampak kita akan lari.

2) Dalam lautan ada bintang

3) Dalam banyak-banyak kotak,kotak apa yang tak dapat di angkat.

4) Banyak-banyak binatang,binatang apakah yg kepala,kaki, badan dan organ yg lain terletaknya di kaki

5) Dalam banyak-banyak tempat, di mana semua orang akan memakai uniform yang serupa?

Khamis, 29 Julai 2010

Hari-hari ku

setiap hari ...
ku harapkan sesuatu yang indah
seperti pelangi yang berwarna-warni
menghiasi alam ini
aku juga
mengharapkansinar seperti mentari pagi
yang menerangi gelap sepi
menghiasi detik ku
akan ku biarkan hujan membasuh kelemahanku
dan ku biarkan rembulan menyanyikan laguku
namun ku tak mampu
andai bisa ku kembalikan detik itu
ingin ku selami apa yang terjadi
hanya tuhan bisa mengerti perasaan ku ini
wahai kekasihku andai bisa ku bukakan kotak hatiku
akan ku leraikan apa yang terbuku...
sering ku bersuara tanpa didengar
laguku tanpa irama
lariku tidak berkaki
sendiri ku didalam sepi itu
bila esok datang lagi
akan ku bermimpi
mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.

Masalah! masalah!

Hidup ni kita tak kan dapat lari dari masalah...begitu juga dengan aku...kalau lah mampu aku undur masa silamku semula, tak kan ku ulangi setiap kesilapan tu.. siapa sebenarnya aku? apa yang aku mahu dalam hidup ni? aku terlalu mengejar sesuatu yang tak pasti, sedangkan yang abadi tu lah segala-galanya.....
Kalau diberi peluang, aku mahu lari jauh dari hidup semua orang..biar aku tak kan mampu menyakiti mana-mana perasaan lagi...kenapa mesti aku korbankan hidup aku semata-mata kerana menjaga perasaan dia, sedangkan ada lagi perasaan lain yang akan lebih terluka..aku tersempit..aku tiada insan yang mampu memahami dan menemaniku di setiap kali aku terlalu memerlukannya di sisi..
.Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi situasi ni..aku tahu, cara aku silap..tapi aku tak mampu nak menghindarinya..permudahkanlah setiap jalan urusanku dan aku sedar aku hanya mampu merancang, tapi diri-Mu yang menentukannya...Berikan aku kekuatan dalam menghadapinya...

Jumaat, 23 Julai 2010

Keluhan jiwa seorang sahabat -yie-

Aku adalah lebih baik daripada apa yang aku sangka. keadaan membuatkan aku terus menerus terperangkap dalam kepompong gelap yang aku sendiri belum pasti akan bebas daripada segala cengkaman yang menjeratku. persoalan demi persoalan membuatku berganjak langkah menyusuri alur yang menghanyutkan ku ke lautan khilaf yang membuatkan hidupku dipukul badai kesengsaraan. aku ingin sekali bernafas dalam keriangan menghilangkan segala keluhan yang selama ini membuntukanku.